Thursday 23 August 2012

Baru pulang

Bermula kalam dengan salam.. Dah lama x updet blog.. Ada bermacam rintangan perlu di tempoh.. Untuk mengupdet2 nie.. Cakap pasal baru pulang.. Sebak didada terasa, ikut rasa nak duduk sana aje.. Meringankan beban kak long yang dari kecik macam2 dugaan dia tempoh.. Buat entah kali keberapa aku mengalirkan air mata.. Tapi buat kak long dia dapat melihat depan matanya yang aku mengalirkan air mata.. Dalam bas, aku rasa mahu menjuraikan air mata lagi bila mengenangkan bertapa eratnya aku memeluk kak long bagai x mahu melepaskannya.. Seminggu aku berada di Rompin disamping kakak tersayang susah nak rasa bosan bila melihat kerenah anak2 saudara yang aku sayangi tanpa ada perbezaan antara mereka
Kepulangan ke Kuala Lumpur dengan semangat yang baru untuk menguruskan badan dan mengejar apa yang aku hajati demi kak long dengan izim Allah yg berada dihati..

Friday 10 August 2012

ikhwan ikhwana

Ikhwana Insyirah, itulah nama yang diberi oleh ibu dan ayahnya, Ikhwana di beri oleh ayah kerana anak lelakinya bersama arwah isteri ayah yang pertama sebelum berkahwin dengan ibu sebagai pengganti meninggal  akibat kemalangan dan terjatuh kedalam gaung bersama anak lelakinya itu Ikhwan Akasyah, tapi hanya tubuh Dayang Aisya sahaja yang dijumpai tapi telah tidak bernyawa, tubuh Ikhwan Akasyah lenyap sekali sampai hari ini tidak tahulah sama ada masih hidup ataupun sudah mati mugkin di aham binatang buas….
Tengku Ikhwana Insyirah…. Aku berjaya”Megat Aidil Hakimi yang bertandang ke rumah Ikhwana Insyirah menunjukkan surat penerimaan kemasukan universiti pada Ikhwana Insyirah yang sedang termenung….
“Okey…” kata Ikhwana Insyirah sambil mengangguk-angguk
“Kenapa nie macam tak happy jer, ke kau sedih kau tak dapat U dan aku dah tak ada kat sisi kau ataupun kau jelouse nanti aku couple dengan awek-awek cun kat U nanti” Teka Aidil Hakimi
“  Hello!!! Saya pun dapat tawaran okey... Tapi tak tahu dapat U mana” Kata Ikhwana Insyirah
“ Aku teringatkan cerita ayah aku, pasal anak dia yang jatuh gaung dengan isteri dia and tak jumpa sampai sekarang.... aku pun teringin jugak nak ada abang, dah lah aku anak sulung dari tiga adik perempuan dan bakal adik lelaki yang ada dalam perut mak aku tuh!!” kata Ikhwana Insyirah lagi
“ Hey, not fair okey, i’m your brother.... jelouse lah I” Kata Aidil Hakimi
“ not, not, not, your my best friend... you can’t be my brother” Kata Ikhwana Insyirah
“ Sebab aku suka dekat kau” kata-kata itu lalu di hati Ikhwana Insyirah, dia termalu sendiri sehingga mukanya merona merah
“ Tak boleh, tak boleh, aku tak layak untuk dia” Ikhwana Insyirah cuba menafikan
“ Okey, jangan jelouse aku ngorat awek-awek cun kat sana” Aidil Hakimi cuba untuk membuat Ikhwana Insyirah cemburu
“ tak heranpun, meh sini aku tengok U hebat mana yang panggil kau yang kuat perasan ni” Kata Ikhwana Insyirah yang ingin tahu dimana Aidil Hakimi akan di tempatkan
“ Eh!!! Nak surat nie, bagi surat kau dulu” pinta Aidil Hakimi
“ Nah lah” hulur Ikhwana Insyirah tanpa banyak songeh
“ Aidil, kau sama U dengan aku lah” Kata Ikhwana Insyirah
“ Aku tahu, bagus lah masuk U yang sama, boleh aku jaga kau, kalau boleh sampai bila-bila tapi kau mesti nak kahwinkan jadi aku akan jaga kau sampai kau kahwin” Kata Aidil Hakimi sedikit  sayu
“ Macam mana kau tahu???” Soal Ikhwana Insyirah
“ Tak payah tahulah” Kata Aidil Hakimi
“ Hish, susah betullah” rungut Ikhwana Insyirah yang sudah lali, kalau dia memujuk Aidil Hakimi sekalipun untuk memberitahunya pasti tidak berjaya...
“ Kak Syi!! Ibu panggil ajak abang Megat masuk minum petang” Jerit Tengku Izara Ikhwani adik kedua Ikhwana Insyirah dari pintu dapur ke pangkin di bawah pohon rambutan di mana Aidil Hakimi dan Ikhwana Insyirah duduk di saat itu


Suatu hari dia disuruh ke kedai untuk membeli kelapa, waktu dia pulang dari kedai kelihatan Babah dan ibunya sedang berbual mesra sambil tangan ibunya ligat melipat pakaian... timbul idea nakalnya untuk mengusik ibu dan babahnya tapi dia terdengar perbualan inu dan babahnya mengenai dia
“ Abang tengok Syi tak ubah macam Akasyah, bajunya pun semua kameja ataupun kameja-t... Risya tak kesah ke anak perempuan Risya macam lelaki” Kata Tengku Izwan pada isterinya Dayang Arisya
“ Syi macam lelaki tidak bermakna dia lelaki, tapi Syi lah pengubat rindu abang pada Syah kan, Risya rela dan Risya yakin kembalinya Syah pada dalam hidup abang dan Syi telah di nikahkan dan akan mengerti tanggungjawabnya dia akan berubah akan menjadi wanita yang lembut, Risya yakin hatinya sedang terpaut pada rakan baiknya itu” Kata-kata Dayang Arisya datang dari naluri ibunya yang iklas itu...
“ Terima kasih sebab awak mengerti saya dalam banyak perkara” ucap Tengku Izwan khlas
Akak!!” Izara Ikhwani menyergah kakaknya
“ Haish kau nie nasi baik tak tercabut nyawa aku” Kata Ikhwana Insyirah sambil mengurut dada kerana terkejut, dua adik mereka menyambut dengan ketawa
“ Sukalah tu akak terkejut” Kata Ikhwana Insyirah garang yang di buat-buat
“ Akak janganlah garang sangat, esok akak dengan abang Megat dah nak masuk U dah tak ada orang Kak Wani, Kak Chik, dengan Kak Su nak sakat” Kata adik Ikhwana Insyirah yang ke dua Ilya Insyifa
“ Pandailah Kak Chik” Kata Ikhwana Insyirah
“ Alah lepas nie Kak Chik nak sakat sangat, lagi sekali Kak Syi balik kita dapat Abang” Kata Ilya Izreena
“ Abang??” Ikhwana Insyirah mengulang perkataan abang itu seperti memberi soalan kepada Ilya Izreena, muka Ikhwana Isyirah juga turut berubah
“ Abang!! Abang ipar!!” jawab Ilya Izreena
“ Haish budak nie, kecik-kecik lagi dah pandai cakap macam tu” Kata Izara Ikhwani
“ Memang lah dia pandai cakap macam tu,dah kamu ajar dia baca novel” Kata Dayang Arisya menyampuk perbualan anak-anaknya yang bermula dari 18 tahun, kemudian 15, 12 dan 9 tahun
“ Alah ibu nie, Kak Syi baca jugak novel” rungut Izara ikhwani tentang ulasan ibunya
“ Dah Wani beli, Kak Syi tumpang bacalah tak payah Kak Syi pinjam dekat orang” Jawab Ikhwana Insyirah sambil tersenyum
“ Kak Wani, lepas nie suruh abang ipar kita pula belanja novel sebab Kak Syi suka tumpang baca novel Kak Wani” Ilya Insyifa memberi idea nakal
“Haah.. betul jugak cakap Kak Chik, nanti Wani tuntut kat suami Kak Syi tau” Izara Ikhwani menambahkan usikan
“ haish korang nie dah gatal bebenau ke nak dapat abang ipar, Kak Syi tak rasa apa-apa korang pua yang melebih, senang-senang Kak Su yang kahwin dengan abang megat lepas tu Wani kahwin dengan Adli adik abang Megat yang nombor dua tu dan Kak Chik Kahwin dengan sepupu abang Megat tu sapa ek nama dia tu??”
“ Haziq” Izara Ikhwani dan Ilya Izreena berkata serentak
“ Ha!! Megat Haziq tu” Kata Ikhwana Insyirah
“ Haish, Kak Wani dan Kak Su bagi tahu kenapa” Marah Ilya Insyifa
“ Kak Syi kenapa Kak Su punya suami tu tua sangat, tak boleh jadi nie.. kalau Kak Su Kahwin dengan abang Megat nanti Kak Syi nangis, tak nak KaK Su jadi adik derhaka...” Kata Ilya Izreena membuatkan Ikhwana Insyirah, Izara Ikhwani dan Ilya Insyifa geli hati mendngar perkataan adik derhaka, begitu juga Dayang Arisya dan Tengku Izwan terdengar perbualan mereka,. Bergema ketawa mereka
“ Kak Su memang tak sesuai dengan Abang Megat, sebab tu Kak Syi punya tapi Ibu tahu adik Megat Haziq tu, sapa nama dia bang” Dayang Arisya tak dapat meneruskan kata-katanya kerana sibuk megingati nama adik si Megat Haziq tu dengan menyoal Tengku Izwan
“ Megat Hafiz” Kata Tengku Izwan serentak dengan anak-anaknya kecuali Ilya Izreena sedang malu itu, mereka menyambut dengan gelak ketawa
“Diam tanda beul” Kata Izara Ikwani
“ Mana ada pandai-pandai jer” Ilya Izareena sudah menunjukkan muncung jer
“ Ha ye lah- ye lah tak betul... Wani, Syifa, Reen pergi masuk tidur... esok nak sekolah tengok jam dah pukul dua belas” Perintah TengkU Izwan
“ Ala!! Esok kena sekolah ke?? Reen nak hantar Kak Syi jugak” Ilya Izreen bersuara
“ Apa yang Kak Su dapat kalau Kak Su hantar Kak Syi?? Kata nak masuk Universiti macam Kak Syi tapi tak nak pergi sekolah” Soal Ikhwana Insyirah pada adiknya kerana pemikirannya sama seperti ayahnya
“ Memang Kak Su tak dapat apa-apa, tapi nanti Kak Su rindu dekat Kak Syi” Ujar Ilya Izreena yang hampir menangis
“ Kak Chik pun sama” Kata Ilya Insyifa juga sebak
“ Tengok lah esok, babah kena fikir baik buruk dulu, dah pergi masuk tidur dulu” Kata Tengku Izwan dan mengarah masuk kebilik
“ Selamat malam....” Kata Ilya Insyifa dan Ilya Izreena serentak dan mereka bertiga bergilir menyalam ibu,babah dan kakaknya sebelum masuk tidur
“ Apalah Syi dengan Babah nie, kesian adik-adik kena tipu...” Marah sayang Dayang Arisya
“Syi kecik-kecik pun kena macam tukan, itu salah satu pelajaran yang Babah ajar Syi waktu Syi nak ikut Babah pergi hospital nak tengok ibu lahirkan adik-adik” Kata Ikhwana Insyirah
“Hmm ye lah, kamu dengan babah sama aje pemikirannye, babahnye pun sama’’ tambah Dayang Arisya
“ Ibu nie sama dengan adik-adik tak apa pula, bila masa Syi suka Megat, He just My Best Friend okey” Kata Ikhwana Insyirah
“ Menafikan itu juga tandanya betul, Syi tak boleh tipu ibu Syi sendiri, ibu tengok mata Syi pun ibu dah tahu” Kata Dayang Arisya
“ cepat aje jawapannya” Kata Dayang Arisya
“ Dah Syi, cepat kemas, esok kelang kabut nak kemas itu ini” Tambah Dayang Arisya

Wednesday 25 July 2012

PETUA 1

Petua Penjagaan Kulit

Salam Ceria,

Siapa yang tak mahu kulit mukanya kelihatan cantik, tegang dan licin? Tentu anda semua mahu kan, saya pun nak jugak;p Atas sebab itulah hari ini saya nak kongsi mengenai cara melicinkan kulit muka.

Pertama sekali, ia sesuai untuk anda yang mengalami kulit muka yang kasar. Jika kulit anda tak berapa kasar dan nak "maintain" agar sentiasa cantik, ia boleh juga diamalkan.

Anda dah sedia, begini caranya:

1. Cuci dan bersihkan muka anda dahulu.
2. Kemudian keringkan muka anda.

3. Selepas itu, ambil sebiji telur dan asingkannya ke dalam bekas atau piring.
4. Sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka.

5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka selama sejam.
6. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka anda dalam tempoh tersebut.

7. Setelah lebih kurang sejam berlalu, bilas muka dengan air suam.
8. Sebaik-baiknya amalkan dua hingga tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.

Jika anda lakukan secara teratur dan konsisten, kulit anda pasti akan lebih licin berbanding sebelumnya.

Selamat Mencuba.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2008/04/licinkan-kulit-muka-anda.html#ixzz21Wt50p72

PETUA 2


Anda mahu licinkan kulit muka tanpa mengeluarkan kos yang banyak? Ya, saya dengar anda kata "mestilah nak". Kalau begitu, apa kata saya cadangkan anda memanfaatkan khasiat yang ada pada buah tomato. Selain murah, ia juga asli dan selamat.

Baiklah, begini caranya:

1. Ambil sebiji tomato yang telah masak.
2. Basuh dan bersihkan buah tomato tersebut.
3. Belah buah tomato itu kepada dua.

4. Ambil satu bahagian tomato tersebut dan sapukan ke muka anda.
5. Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
6. Kemudian, cuci muka dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.

7. Ada sebelah lagi kan? Jadikan ia sebagai jus minuman atau dimakan begitu saja.
8. Amalkan petua ini selama seminggu atau sehingga menampakkan hasil.

Selamat Mencuba!

Ahaah! Sampai di sini dulu petua hari ini. Jumpa lagi.


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2008/04/petua-licinkan-kulit-lagi.html#ixzz21WtLc43N

PETUA 3

LICINKAN KULIT MUKA

sape xnk kulit muka licin kot..sya pon nak!!...
ni ada sikit petua...sya pon x ingt kat mane sya dpt petua2 ni...da lame kat dlm draft..arini bru publish...
dlu sya rajin la gak wat Petua 1 ni...tp skrg da bz, so xde msa nk wat...sebulan skali pon payah...
guna bahan semula jadi sah2 la selamat n sihat...

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

kpd sesape yg terbaca, n ingin mencuba...slamat mencuba diucapkan...

daaa...............
Petua nak bagi muka licin
Ok, hari ni aku nak bagi petua camne nak kasi muka korang licin..petua2 ni sume aku da try sendirik n yang penting memang menjadik.serius wa tarak tipu..ok let's check it outtda..



1. Ok, korang boley guna kulit kayu manis untuk kasi muka korang licin dan bebas jerawat.. Cara dia camnie. korang amik kulit kayu manis tu, dalam sebatang pun da cukup and then korang tumbuk bagi lumat atau hancur. Tapi kalau nak senang n taknak buang masa korang blender je. Hasil kulit kayu manis yang telah ditumbuk tu, korang sapu lah pada bahagian-bahagian muka korang yang ada bekas-bekas jerawat tu..tapi jangan bubuh banyak sangat sebab memang pedih n rasa pijar sket. So, better letak tu berpada-pada kalau tak boleh luka muka korang..





2 .Cara yang kedua korang boleh gunakan buah tomato untuk mencantikkan muka dan juga melicinkan muka. Korang hanya perlu hancurkan buah tomato tu dan lumurkan pada muka korang selama 15 minit. amalkan 3 x seminggu insyaallah muka korang akan nampak hasilnya. Selain untuk wajah, buah tomato ni jugak boleh mengempiskan perut korang.. itu petua dulu dulu la. Aku penah gak try makan tomato ni, tapi xbley tahan masam dia. So, aku just guna untuk muka sahaja.






3. Selain daripada tomato dan kulit kayu manis, korang boley jugak try bedak sejuk. Actually penggunaan bedak sejuk jugak elok taw. Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu aku rajin lah guna bedak sejuk sebab murah kan. Tapi serius even kesan die lambat sket tapi bedak sejuk ni boley bantu kurangkan minyak yang berlebihan dekat muka korang dan lama-lama muka korang boleh jadi licin..owh, lupa nak bagitahu bedak sejuk yang aku pakai ni kaler die pink. Nama bedak ni bedak bunga rampai. Tapi die spesies bedak sejuk gak la sebab die menyejukkan muka korang..cuba la try insyaallah korang puas hati.



4. Ha ni lagi satu aku nak share dengan korang, dulu masa zaman muda muda dulu aku suka pakai krim temulawak. Krim yang warna hijau tu. Lepas je aku pakai krim tu muka aku memang jadi licin, putih dan berseri-seri..chewahh. tapi ramai yang perasan perubahan muka aku tu.. aku amalkan pakai krim tu setiap pagi sebelum pergi sekolah..tapi krim ni memang femes masa dulu dan sekarang pun masih ada dijual lagi dekat kedai2 jamu..Harga pun tak mahal dalam RM6 macam tu.. Kawan aku pun ada try gak, muka dia memang problem ada jerawat dan sunburn, tapi lepas aku syorkan pakai krim ni muka dia memang nampak perubahan jadi licin dan jerawat pun kurang.


5. Ok , ni petua untuk buat masker. Korang tak payah nak beli mahal-mahal buat je macam cara yang aku propose ni.cewahh gitu. alrite, bahannya ialah tepung beras, limau nipis dan sedikit minyak masak. apa yang korang perlu buat adalah, perahkan limau nipis tu pada tepung beras tadi
alritee, harap2 info ni boley la bantu korang yang nak licinkan muka. petua petua lain akan menyusul nanti mengikut kelajuan internet ngeh ngeh.. kbye

PETUA 4
TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

PETUA 5
Tips Melicinkan Kulit Muka
1. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
5. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.
PETUA 6
Petua Jerawat Lisa Surihani


gambar Lisa Surihani now and now

Saya search 'image Lisa'.
Keluarlah senarai: 1. Lisa Surihani, 2. Lisa Simpson, 3. Lisa Rinna, 4. Lisa
Ray, 5. Lisa Frank, 6. Lisa Marie Presley, 7. Lisa Bonet , 8. Lisa Oz, 9. Lisa Lazarus, 10. Lisa Raye. raye??? maknanya Google search engine M'sia sekarang memang penat menyediakan info & gambar Lisa Surihani la, kan...?

OK, ini ialah petua DIY Aunt Lissa menangani jerawat beliau:
1. Cuci muka gently dengan pencuci muka atau sabun baby.
2. Lap muka gently dengan item yang sesuai.
3. Ambil air suam, tekap kapas gently pada lokasi jerawat itu. Dengan harapan kuman akan kiok!
4. Biarkan seketika sampai kering. Lap gently dengan kapas muka pon ok.
5. Ambil secubit secoet OXY 10, letakkan gently pada lokasi jerawat itu. Bacalah Basmallah & Selawat, tambah pahala..
* Jangan sapu OXY 10 itu, just letak gently sahaja pada lokasi suspek.
6. Siap, boleh tidur dengan gently-nya.. lupa nak pesan, elok buat waktu malam ni.

*Seeloknya cuci muka dengan filtered water; Bio-Aura, Elken, Zhulian etc..

PETUA BUAT MASK PULA

OATMEAL QUAKER-AGAK-AGAK
TELUR PUTIH
SERBUK TEH ATAU UNCANG TEH
MADU-SATU SUDU

- Asah jambu batu dan kemenyan dalam piring pasu dengan sedikit air. Air asahan perlu pekat supaya mudah melekat apabila disapu ke muka. Selepas disapu, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air bersih.
Amalkan setiap hari. Selain melicin dan melembutkan kulit wajah, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat.
- Cairkan satu sudu besar susu manis bersama sedikit air panas. Dengan menggunakan kapas, ratakan bancuhan itu ke seluruh muka. Biar kering sebelum dibilas.
Selain menjadikan kulit bersih dan halus, ia juga dapat mengelakkan kulit daripada ditumbuhi tompok-tompok hitam.
- Ambil segenggam daun pegaga. Tumbuk sehingga hancur dan campur sedikit air. Selepas itu campurkan bedak sejuk. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka setiap malam sebelum tidur.
- Ambil tiga sudu madu lebah asli. Campur dengan perahan air limau nipis dan kuning telur. Kacau bahan itu sehingga sebati dan sapukan ke muka. Biar kira-kira 20 minit atau sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.
- Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi. Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru. Lakukan beberapa kali.
- Ambil segenggam pulut hitam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk hingga halus dan ayak supaya mendapat serbuk halus. Bancuh serbuk halus itu bersama air. Kemudian tumbuk 10 helai daun jambu batu dan campur dengan bancuhan serbuk pulut hitam tadi.
Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan muka. Biarkan 10 minit. Gosok dan terus mandi. Kulit akan terasa halus dan licin. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.
- Didih susu cair dan biarkan suam. Sapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Selepas itu basuh muka dengan air suam.
- Ambil sehelai daun sirih yang sudah dibersihkan. Gosokkan daun sirih itu antara kedua-dua tapak tangan. Ia akan mengeluarkan air dan sapukan ke muka dan buat begitu beberapa minit. Kemudian basuh. Kesannya amat baik.
- Ambil cekur sebesar ibu jari. Giling sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk. Selepas itu sapukan ke muka dan biar selama 15 minit.
Apabila kering, gosok dengan kain putih lembap supaya kotoran di muka tanggal. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika rajin mengamalkan petua ini, kulit muka menjadi licin dan tidak berminyak.
- Ambil kulit telur yang sudah dibersihkan. Kisar atau tumbuk sehingga halus seperti debu. Bancuh dengan bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke muka yang dibersihkan. Sambil menyapu bedak tadi, urut kulit muka perlahan-lahan dengan lembut.
Jadi kepada anda yang mempunyai masalah kulit wajah kasar, bolehlah mencuba petua di atas. Manalah tahu kalau satu hari nanti wajah anda akan kelihatan berseri-seri walaupun usia anda sudah pun menjangkau 50 tahun. Pasti ramai di kalangan rakan-rakan dan saudara mara anda yang terkejut dengan kulit muka halus, gebu dan licin yang anda hasilkan.. Selamat mencuba!

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai
Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

Petua Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.

Petua Hilangkan Parut Wajah
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. usah terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mahu. Lama kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, ia juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.

Petua Atasi Kulit Berkedut
Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parutkan lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin amalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

Petua Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan ia mengering dalam kira-kira 15 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna.

Petua Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambilah 1sm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.



Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/07/petua-cantik-dengan-kos-murah.html#ixzz21cb59sk5


Melicinkan Kulit Muka dan mengubati resdung


Bahan-bahan

Ambil 5 helai daun sirih,daun inai,kulit kayu manis dan bawang putih.


Caranya

Kisar daun sirih, daun inai,dan tumbuk kulit kayu manis bersama bawang putih kemudian kisarkan kesemuanya menjadi serbuk. Selepas itu bolehlah digunakan bersama-sama bedak sejuk.
Kiriman-qistina qaisara


alya_garlic • 4 years ago • 3,986 viewed
Send To Friend

IM Article

Share


Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 : Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub)

Petua 2 : Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.

Menghilangkan Bau Badan
Petua 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Petua 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.

Melembutkan Rambut
Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.



Merawat Kulit Berkedut

Petua 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Petua 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (seelok-eloknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa titis jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Melembutkan Tapak Tangan
Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan anda yang basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut.
Mewangikan Rambut
Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi.
Menghilangkan Parut

Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan.
Mengatasi Pecah Pada Jari
Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki, bancuhlah sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila sebati, sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.
Menanggalkan Daki Pada Badan
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Awet Muda

Petua 1 : Amalan memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda.

Petua 2 : Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik.
Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilangkan Parut Campak ( Chiken Pox )

Petua 1 : Pada tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh menyembuhkannya. Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering. Manakala pada tanda hitam , kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak. Insyaallah.

Petua 2 : Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Meluruskan Rambut

Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.
Bibir Sentiasa Berseri Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.
Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Mencerahkan Ketiak Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba petua ini. Campur sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
Menghilangkan Bulu Ketiak

Petua 1 : Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn cara ini, bulu ketiak akan hilang.

Petua 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.

Petua 3 : Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
Menghilangkan Bau Ketiak

Petua 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali seminggu.

Petua 2 : Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Petua 3 : Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

Petua 4 : Tumbuk daun sireh dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Mengilat Kuku Kaki

Petua 1 : Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu.

Petua 2 : Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya kembali bersih dan berkilat.
Melembapkan Muka Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.
Menguatkan Akar Rambut Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.
Menghilangkan Bintik Hitam
Petua 1 : Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.

Petua 2 : Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.
Melebatkan Bulu Kening
Petua 1: Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Petua 2 : Ambil batang pucuk paku. Ramas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Amalkan selalu.
Mengelak Kuku Panjang Patah Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih, dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku akan menjadi kuat dan berseri.
Mengurangkan Bintik Putih

Petua 1 : Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. Kisar bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di tempat-tempat yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan.

Petua 2 : Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya. Kisar beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan2 selama 5 minit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


Menghilangkan Bau Mulut
Petua 1 : Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau yang harum.

Petua 2 : Amalkan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak dan minum air suam. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3 hari sekali.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Mengelak Kulit Bersisik
Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi jgn sampai mendidih kerana ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi menggelupas. InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan .
Mencantikkan Kulit Muka

Petua 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Rambut Berbuah Dan Bercabang

Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.
Menyegarkan Mata Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya erah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Mencantikkan Betis
Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3 hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. InsyaAllah betis anda sentiasa cantik.
Merawat Panau

Petua 1 : Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Petua 2 : Gosoklah panau dengan belerang mancis api terutama pada waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau nipis. InsyaAllah panau tersebut akan cepat hilang.
Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki
Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur. InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik.
Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya-Allah bulu roma anda akan gugur
Memerahkan Bibir

Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.
Memutih dan Mengilatkan Gigi

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Petua 2 : Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi. Amalkan selalu.

Petua 3 : Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi.

Petua 4 : Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar pinang sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petua ini 3 kali seminggu. InsyaAllah kesan kekuningan pada gigi akan hilang.


Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
Mengempiskan Perut

Petua 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.

Petua 2 : Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Petua 3 : Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Petua 4 : Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Petua 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Menurunkan Berat Badan

Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.


Membuang Lemak Badan
Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh
Petua 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Petua 2 : Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.

Petua 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
Menghilangkan Jeragat
Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih saja) dan 1/2 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk lumat kunyit hidup , kemudian campurkan dgn tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pad kulit muka selama 20 minit sebelum mandi. Petua ini bukan saja dapat menghilangkan jeragat malah dapat melicin dan menegangkan kulit muka.
Menghilangkan Lebam Mata

Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.
Mengilat Dan Menghitamkan Rambut

Petua 1 : Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih). Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Nescaya rambut anda menjadi hitam berkilat.

Petua 2 : Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat.
Menghitamkan Uban Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari. Tangan Gebu dan Licin Ambil sedikit garam dan perahan limau kasturi, gosoklah pada tangan.



Menghapuskan Jerawat


Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama limaminit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.


Menghilangkan Bintik Hitam


Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.


Tegangkan Kulit Muka





1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh denganair suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.


2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Adabeberapa cara unuk menghilangkannya.


Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


Kulit Muka Lembut dan Cerah


Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.


Hilangkan Parut Demam Campak


Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.


Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-


Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.


Mengekalkan Seri Wajah

Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-


Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.


Menghilangkan Panau di Muka


Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.


Alat Solek Tidak Sesuai


Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.


Kulit Muka Berminyak

Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka

Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.


Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:


Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.


Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-



Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan


Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.





Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.


Mencantikkan Rambut


Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.


Hindari Rambut Gugur


Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.


Melebatkan Rambut


Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.


Menghilangkan Kelemumur

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-


Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.




Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.




Mengempiskan Perut


Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


Kaki Bersisik


Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.



Urat Timbul Di Kaki


Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.


Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-



Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.


Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.




Kematu di Tumit Kaki


Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.


Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.




Ubat Sakit Kaki


Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.


Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.






Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

CATATAN DARI SAYA PULA : YUYUIYUL
INI SEBENARNYA UNTUK SAYA BACA DAH TAK TAHU NAK LETAK KAT MANA SEBAB LAP TOP HIDUP SEGAN MATI TAK MAU NIE TAK ADA MICROSOFT WORD UNTUK SAYA BERKARYA ATAU CONTENG CERITA MASALAH... ALMAKLUMLAH OTAK NIE ADA JER NAK DI CERITAKAN....
SEGALA PETUA2 DI SINI SEMUA DI CILUK DI BLOG ORANG UNTUK DIRI SENDIRI MAHU MERAWAT MUKA YANG SUDAH TERUK NIE... LEPAS NIE SAYA MAHU BERKONGSI UNTUK KURUSKAN BADAN... TAPI SEKARANG TIME FOR OUT BECOUSE I WANT PRAYER ASAR AND HELP MY AUNT FOR COOK FOR BREAKING FAST TODAY...
OKEY LAH BERJUMPA LAGI NEXT TIME

Tuesday 24 July 2012

Cara nak kuruskan badan from another blog

Ha!!! berjumapa lagi kita untuk saya lunaskan hutang kepada diri untuk copy paste kan cara-cara nak kurus dari blog-blog yang menarik.... So anda boleh lah baca sekali kalau anda berminat dengan apa-apa yang di copy

PETUA 1 : Petua Cik Tom

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat Versi Cik Tom

Cik tom nak share tips turunkan berat badan dengan cepat tapi sihat dan tidak menyeksakan tubuh badan. Tips ni cik tom amalkan hasil pembacaan dari buku dan juga nasihat dari adik, miss yaty based on experience kawan dia. Sebabnya 2 tahun lepas (2009), berat badan cik tom pernah naik mendadak sehingga 57kg kerana masa tue cik tom makan ubat jenis steroid. Kesan makan ubat tue menyebabkan berat badan cik tom naik secara mendadak dan cik tom rasa self-confident hilang bila orang asyik tegur dan tanya kenapa makin gemuk. So, cik tom terpaksa ambil inisitiatif untuk turunkan berat badan dengan cara yang cepat dan sihat.
gambar diet berat badan
1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Tapi cik tom guna losyen mustajab yang modelnya Nora Danish yang comel tue. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.
5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau cik tom dah sarapan milo dengan cereal, cik tom hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.
6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. Masa nak cepat turun berat badan tue je cik tom rajin buat. Hehe..
7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. Cik tom still amalkan tips ni sampai sekarang.
8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
9. Untuk makan malam, cik tom biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.
10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti  jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.
Itulah antara tips yang memang cik tom amalkan sendiri dan alhamdulillah turun  berat badandalam tempoh 2 bulan dari 57kg ke 47kg. Cik tom kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. Good luck pada yang nak kuruskan badan.
PETUA KE 2: