Wednesday 6 June 2012

trip ke teluk batik --> pulau pinang

                 PENGALAMAN.... Perancangan ke Pulau Pangkor berakhir ke Pulau Pinang sungguh jauh perbezaan dari perancangan,,, Hari pertama berkumpul di Kampung Sementa Klang masing-masing sampai pukul 10.15 a.m dan 10.30 hampir pukul sebelas kelewatan mak andak kerana perangai anak dara yang suka bangun lewat hish sungguh bengang..... Jenis aku kalau dah berjanji tolong tepati walau aku seorabg yang suka melengah kalau kata selepas subuh aku akan bersiap selepas subuh juga.
                  Keadaan menjadi bertambah menyakitkan hati apabila dari pada Sungai Buloh hingga ke Perak Jam almaklumlah cuti sempena hari lahir Sultan.masing sudah panas bontot menanti sampai ke tempat yang ditujunya aduyai...
                 Sampai di Teluk Batik lain pula yang jadi apa bila kami yang kanak-kanak dilepaskan untu melihat keindahan pantai bersama anjang dan mak anjang manakala yang tua-tua pergi mencari rumah atau hotel untuk dijadikan tempat menginap (opppssss sorry terkasar bahasa) lama kami menunggu untuk yang merancang percutian mencari tempat menginap tapi sayang kami tidak dapat satu pun tempat menginap untuk ke Pulau Pangkor pada keesokan harinya jadi plan bertukar pulang ke Ipoh rumah Pak Tam.
                YAng menariknya kami tidak di tinggalkan duit untuk membeli-belah kecuali aku seorang, nak di jadikan cerita akulah tempat merengek diaorang meminta untuk dibelanja. Pening kepala kau di buatnya untuk melayan kehendak masing-masing baik yang besar hingga yang kecil. Yang membuat naik darah apa bila di beli tak habis pula makan. nasib baik tak kena pelempang. Puas membosan disitu sambil melihat keindahan pantai kami ke gerai jualan untuk memborong (shopping time), aku juga lah  yang menjadi mangsa. "kak nurul belanjalah kita" "wei belanjalah aku" "wei murah jer 3 rm10.. aku nak buat kenangan" dan bla3 pening kepala aku, bernasib baik kakaknya berkata "nantilah dik esok kan nak datang sini tunggu mak" akhirnya kami tidak kembali ke situ mungin next time dan rezeki lain untuk kami ke Teluk Batik dan Pulau Pangkor
                    Malam itu kami pulang ke ipoh untuk memenuhi tuntutan tidur dan mandi, kami tidur agak lambat ada yang tidur pukul tiga,empat atau lima.. Esok paginya kami di jamu mee hailam oleh tukang masak yang berasal dari Kelantan iaitu mak tam. masing2 tak lalu makan kerana takut dengan atam... mak uda,mak andak dan mak tam  siang2 lagi sudah ketawakan kami dan memperli kami aduhai.. Sementara itu mak uda dan amk andak memikir untuk kemana arah tuju ada yang merancang ke cameron ada kata pergi pulau pangkor balik akhirnya the best place ke Pulau Pinang
                Masing-masing tak pernah ke Pulau Pinang nasib baik dah adik wakil untuk menjadi pemandu pelancong free.. kihkihkih tak yah bayar, semua teruja di saat menaiki jambatan Pulau Pinang (nampak macam batak kan) "biasalah keluarga yang tak selalu berjalan memang jadi macam tu"........ sampai di Pulau Pinang pemandu kita nie asyik membawa ke tempat makan, bak kata mak andak aku tak kesah jangan tak ada kerja memang aku boring macam tengok pantai macam orang bodoh... tengoooook jer pantai cuba berkelah ke mandi2 ke seronok jer so nafsu makan naik lah sebab makan itu salah satu dari pekerjaan.. hihihihi
                Banyak tempatlah juga pemandu pelancung kita bawak, yang menariknya apabila masing2 menyesal tak borong baju ke makanan dekat Teluk Batik banyak2 sebab dekat Pulau Pinang memang mahal segalanya. Padan muka sendiri nasib baik sempat beli satu baju muslimah aku pulak terasa menyesal tak meminjamkan duit pada suraya tuk borong baju kat teluk batik yang murah...
                Sebelum pulang ke KL aku bising untuk mengajak mereka untuk bertemu mak cu dan pak cu ku untuk melunaskan misiku, susah betul nak bagi dorang percaya.... Aku bukan nak membanggakan diri tapi ini hakikatnya aku baiklah juga orangnya pasti orang yang mendekati ku juga baik insyaallah, kalau nak terjadi apa2 pun hanya kun faya kun sahaja....
                 Di rumah mak cu kami berjumpa dengan seorang budak yang comel, pada mulanya sangkaan ku itu anak mak cu buat malu diri jer kena tegur dengan mak cu. nama budak comel tu farisya yang mempunyai masalah keluarga sehingga melekat dan menjadi anak angkat kepada mak cu dan pak cu sehingga mereka di beri gelaran ibu sayang dan abah sayang.
                 hish aku dah penat menaip dan mengadap komputer lain kali lah aku sambung atau  cerita baru,,,, nanti balik rumah aku letak gambar kami di pulau pinang teluk batik ke yea....
bubyelah

No comments:

Post a Comment