Monday 25 June 2012

Untuk Sahabat-Sahabat ku

                                  Hari ini aku ingin menengahkan tajuk sahabat,mulanya aku terbaca blog seseorang yang menulis tentang merindukan sahabtnya yang dulu musuhnya dan kini menjadi sahabat. Sekarang aku pula ingin mengongsikan tentang sahabat2 ku pada korang semua...
Sahabat pertama yang aku jumpa dalam hidup ku ialah..............

                Permulaan pertemuan aku dan dia ketika aku berada di darjah empat dan dia baru masuk ke Sekolah Kebangsaan Bangsar pada bulan 6 kerana dia bertukar sekolah yang dekat sedikit dengan rumahnya, sebelum aku berkawan dengan dia aku berkawan dengan Atiqah Nadhirah dari aku darjah3 lagi tapi dia hanya memandang aku seorang budak yang lemah dan tidak tahu apa-apa, tapi tidak pada Hidayah yang menerima apa keadaan ku.
                     Kami di tempatkan kelas yang sama sehinga darjah 5 dan perhubungan kami makin erat, pada masa itu aku menganggap Atiqah nadhirah itu sebagai perampas sahabat ku kerana hubungan kami bertambah erat. Pada awal tahun kami berebut unntuk duduk dengan Hidayah tapi aku juga ang beralah dan membiarkan  Atiqah Nadhirah duduk dengannya
                    Paling aku ingat sehingga sekarang ketika darjah 5 ada pemeriksaan kesihatan pada setiap murid, kami di timbang berat di ukur ketinggian dan se angkatan dengannya lah... Kami melihat keputusan dari pemeriksaan mendapati nama kami, berat kami serta tinggi kami sama.
                      Dulu di sekolah juga aku selalu di buli, dengan Nabila Rosli, Fadhilah da kawan rumah ku sendiri Fitrah Azalina yang bermusuh di sekolah tapi tidak di rumah. Ada satu peristiwa ketiga-tiga budak itu mengacauku sehingga aku naik angin dan berlari untuk menyorok, sebenarnya aku tak nak pun nak menyorok tapi kegeraman mengatasi semuanya sehingga aku mengambil tindakan begitu, Hidayah jugalah yang mengejarku dan memujukku, itulah kelemahan aku... Lemah apabila di pujuk

Sahabat ku yang kedua... Ketika Di Maahad Hafiz
Selepas mak meninggal, aku meninggalkan Kampung Kerinchi, dunia masa kecil ku bersama rakan2 yang ada disitu dan aku dihantar ke Ipoh dengan perbincangan panjang ibu2 dan bapa saudara ku untuk melihat aku berjaya, tapi malangnya aku tidak dapat mengikuti ajaran atam yang garang itu. 4 bulan aku hidup sunyi dan jarang bercakap serta dapat teman2 sekolah yang berlainan bangsa dan pandai aku di ketepikan ibarat aku orang yang teramat bodoh dan orang paling teruk dalam dunia.
Sehabis peperiksaan UPSR dan mendapat keputusannya, aku juga menghabiskan persekolahan ku di darjah enam aku berpindah ke Kota Damansara untuk melanjutkan pelajaran ku di fasa sekolah menengah, hari pertama jer dah kena pergi klinik yg sorang demam yang aku nie gatal2 aduh. hari pertama jer dah lah masuk lambat terpinga2 pulak tu sbb tak ada kawan al maklumlah tempat baru dan aku bukan berasal dari Kota Damansara pun. Prihal kawan aku berjumpa dengan Armani yang menjadi kawan ku beberapa hari sebelum kami berpisah kelas, aku fikirkan dia boleh menjadi teman ku walau pun tak sama kelas tapi sangkaan aku meleset dan ia melupakan aku, mungkin dia dah hot, biasalah budak baru nak up. Lama kelamaan aku mula berkawan dengan Aisyah Rizwana dan selama setahun kami berkawan, dan setiap balik sekolah aku mesti
balik dengan dia, sanggup aku lalu jalan jauh punyalah tak ada kawan. Dia juga lah yang mengajak ku pergi berjalan2 sampai ke One utama tengok wayang cerita merepek.
Dari awal lagi aku nak masuk asrama dan aku sering bercakap pada ibu2 dan bapa2 saudaraku bahkan sepupu dan kawan2ku pun sering dengar aku bercakap pasal itu, mungkin ada yang boring bila mendengar aku bercakap perkara yang sama, sempat merancang lagi bersama Aisya Rizwana untuk masuk ke asrama cuma aku yang bernasib baik kerana Cik Jah dan cuman mendengar rengekan ku dan di masukkan ke sekolah swasta yang berasrama penuh, ,menghafal Al-Quran dan banyak lagilah ciri2 sekolah itu.
Perkenalan aku dengan pemilik nama Nurul Husna Binti Jamaluddin, dia mula masuk ke Maahad Hafiz pada bulan satu ketika kami sedang berada di dalam kelas sedang berbual2 ttg nasyid, kebetulan Danelya Hamida adalah rakan sekolah rendahnya dan memperkenalkan kepada kami, dengan sifat lembut Husna aku menjadi rapat dan sering usik mengusik, dia juga lah tempat aku menceritakan masalah, dia juga lah tukang memujukku kerana dia menggunakan kelemahan ku.. 
Husna juga menjadi rebutan ramai, antaranya Aishah, Kak Deeja, Kak Hasanah (kakak kepada aishah), Kak Hana dan aku sendiri, mungki ramai lagi yang merebutkan dia tapi aku dah tak ingatlah... paling teruk mungkin aku cuba menafikan aku juga ada perasaan cemburu tapi dilitupi dengan perangai ku yang jenis tak kesah apa bila aku merajuk sehingga aku menangis, kesian Husna kena pujuk aku pula tapi itu lah kenangan antara aku dan Husna, agak-agaknya Husna ingat lagi tak??

Kedua sahabat ku apabila masuk ke smip pulak Nurul Nadia Mustapha dan Nurul Sakinah Jaafar
Sekolah Menengah Islam Puchong, banyak kenangan yang mematangkanku di situ, ada suka dan ada duka antara aku dan dua orang sahabat ku yang dua orang nie... Mereka lah yang banyak megajar aku mematangkan diri dan tanggungjawabku pada semua benda.
Aku tak pasti siapa yang aku kenal terlebih dahulu, antara Nadia atau Sakinah tapi yang penting merekalah tempat aku mengadu, Tapi aku lebih rapat dengan Sakinah sebab aku meninggalkan Nadia dengan rakan-rakan lain, sebenarnya mereka berdua pada pandangan aku bkeh jadi rakan karib yang kesan dan kemari bersama tapi aku tak tahu mana silapnya mereka berpecah dan kini masing-masing membawa diri termasuklah aku berpindah kerana Sakinah keluar dari smip dan aku merasa diri aku kosong tanpa dia, tapi aku telah melukakan hati Nadia sebab aku meninggalkan dia di sana sendirian.. Maaf kan aku Nadia, aku bukan pindah kerana Keynah pindah tapi aku ada cita-cita yang aku nak kejar sekarang.

Terima Kasih wahai sahabat-sahabatku yang sudi berkawan dengan aku yan tidak mempunyai apa-apa kehebatan, namun dengan bersama korang yang tak henti-hent memberi dorongan kepada aku, aku mempunyai sedikit keyakinan diri, aku akan kenang korang sampai aku mati, walaupun korang dah lupakan aku, Tapi aku lebih berharap aku akan berjumpa korang dan berkawan sampai akhir hayat.
Nanti nak Kahwin jangan lupa jemput aku tau....

No comments:

Post a Comment