Saturday 16 June 2012

EDISI KHAS SEMPENA HARI LAHIRKU 16/06/2012

                     Sudah di jangkakan, pastinya seperti biasa tiada apa yang intresting akan berlaku mestipun umurku di katakan sweet 17, seperti yangku harapkan ketika aku berumur 15 tahun... Cuma bezanya hari ini aku keluar ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan kenduri perkahwinan saudara jauh atau lebih tepat sepupu kepada arwah mak.
                    Pagi tadi aku bangun pada pukul 8.30 pagi kerana bermimpi aku memasuki tandas di rumah arwah tok yang tersumbat kerana tersangatlah mahu membuang air kecil sehingga terasa betul2 membuangnya nasib baik sempat sedar, tak sanggup aku di label dah besar2 kencing atas tilam.
                   Cerita bangun pagi sudah selesai, aku sambung kesah seterusnya, lepas bangun seperti biasalah mengadap tv dan hari ini merancang untuk ke kenduri, setelah puas memujuk mak uda bersetuju untuk pergi ke kenduri tetapi aku dan suhana tak mandi lagi bila tiba masanya untuk pergi, mak andak balik dari kelas agama di surau apa lagi kena marah lah..... mula-mula dia dah malas nak pergi, lepas aku cepat-cepat mandi dan aku memujuk nak jugak lah dia pergi....
                        Malam aku di ajak ke Forum Israk Mikraj, mula aku setuju bila aku tak mandi lagi malas pulak rasanya nak pergi, demi menjaga hati aku pergi lah jugak, Dekat sana bila aku dengar forum yang ahli panelnya di jemput ustaz halim din seronok pula dengarnya sehingga terbit rasa insaf di hati

1 comment: